MY BUBBLE BLUE

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Followers

Monday, December 31, 2012

33 minggu 6hari - gastrik a.k.a angin + cirit birit

pagi2 jumaat subuh2 lg aku dh rs xsdp perut.. nk beranak dh ker.. xkan la kot.. skaitnyer perut n dada ni.. tp pinggan xda rs per2.. 2  3 4 kali jgk la aku ulang alik ker tandas,, asik nk poo2 ajer.. tambah plak ngn muntah n sakit kt bahagian dada.. huhuhu.. teketar2 aku thn smpai kua air mate.. apa dh jd ngn aku ni.. huhuhu.. risau sgt kt si tecik lm perut ni.. dia pom xgerak2 sejak dr aku start sakt2 cm2.. 

kul 8.00 lebih kurang cm 2.. aku mmg dh xthn sgt.. siap nagis bagai dh risau psl si tecik n thn sakit kt dada ni.. mencucuk2.. eeeiiiuuuuu.. bgtau hubby jom la kita p klinik.. tawakal ajer la.. hope xda per2... so hubby siap pesan suh breakfast dulu.. ai la en somi.. cmner la i nk makan.. minum ajer dh temuntah.. last2 kita pegi ajer klinik..

sampai kt klinik yg biase aku jmpa 2 docnyer xmasuk lg.. jdnyer terpaksa la meredah jln yg xcbok sgt pegi klinik yg jauh cikit.. xper la kan lg pom klinik 2 aku biase checkup jgk.. yg pastinyer muslimah hokey.. kekkeke.. smpai j klinik tetiba terasa sitecik ni gerak2 kt dlm 2.. alhamdulilah.. lega cikit.. tp sakit kt dada mmg xthn hokey.. kul 9.30pg br blh jmp doc.. n suspect me ader gastrik.. urmmm... 

 gastrik.. heran jgk cmner leh jd gastrik padahal aku mmg xpenah biarkan diri aku kelapara.. oh.. sian sitecik.. gknyer dia xcukup mkn kt dlm 2 kot.. uihhhhh... 

lps blik dr klinik terus telan ubt yg doc kasi tuk preggy mummy.. lps 2 jm aku tdo xsdr diri hilangla kesakitan nyer.. alhamdulilah.. dh bole mkn cm biase...

next entry nk cite psl aku kene minum air gulatuk ke-2 kalinye becoz berat naik mendadak dlm masa 2 minggu.. huhuhuhuh...

Sunday, December 23, 2012

sampul tilam a.k.a lembek


tarraaaa... dh siap pom.. i penah cite kt cni dulu kan ( DIY-my mummy ).. my mum yg jahitkan.. tp my mum ckp mcm xnice color ni.. xceria.. better beli lain la satu lg color2 terang cikit.. ceria2 g2 nt leh gilir2.. aiyaaaa... baiklah mak..

acually tilam bantal sume 2 guna yg sedara mara adik adik yg dh lps.. tilam kekabu.. elok lg.. kira ni harta turun temurun la yer..  kekkekke.. 

jd lps ni kene usha2 kain corak len la pulak.. errrrmmmmm

Thursday, December 20, 2012

32 minggu - lagi 2 bulan lebih kurang

walllaaahhhh.. idea byk nk taip tp mls nk mengarang.. kekkeke... weyyyy.. 32 minggu dh kan.. alamak.. dh xlama.. waaa..... ibu dh xlm nk face 2 face ngn sikecik nih.. so xcited bila tgk kwn2 len dh letak pic2 ank2 lm fb g2.. betambah2 xsbr lak..

lately ni bila dh masuk 32 minggu aku rs simtom2 mcm first trimester  dulu.. rs pening mls xlarat serba xkene pendek kate sgt2 moody dan yg paling ketara aku sgt cepat touching.. xsuka gurau2 bodo hokey.. apakah perangai maknyer ha... padahal aku ni jenis mmg suka gurau2 bodo g2.. kekekke.. & merumitkan aku jgk adalah time nk gosok/berus gigi.. mak ai.. muntah bagai la.. huhuhuhu.. 

sayang sikecik pulak sgt2 la aktif.. pagi2 dh bagun sm ibu solat subuh yer kan.. sampai la maknyer drive nk g keje senget benget perut maknyer kene tendang ngn sitecik ni.. sm jgk bila maknyer duk tension2 buat keje, sitecik pom tension2 jgk kt dlm 2..mcm sitecik 2 sgt2 xcited  wk keje sm ngn maknyer..kekkeke.. sekarang ni lagi la makin ketara bila perut maknyer berkeriut-keriut kiri kanan sampai orang pun boleh perasan. so suwiiiittttt..

pergerakan aku sendiri pun semakin terbatas.. bila dh duduk susah nk bagun,. awal pagi mesti nk poo2.. adohai.. seksa j rasa sebabnya bila dh lm tdo kt katil 2 sgt la pyh nk bagun.. makan masa tuk bangun dari katil. perlu berpaut pada sesuatu utk bgun. bayangkan la lau dh xthn sgt cmner la yer.. mau j poo2 kt tas tilam 2..

alhamdulilah.. semakin hari semakin aku merindui sitecik ni.. betapa xsabarnyer nk menatap wajahnyer.. 

Wednesday, December 12, 2012

Melegakan Sakit Semasa Bersalin

sumber : http://www.babycenter.com.my/a1033072/melegakan-sakit-secara-semula-jadi-semasa-pelahiran

Dapatkan kehangatan

Ambil beg diperbuat dari kain, isikan dengan sekam gandum dan panaskan untuk beberapa minit dalam ketuhar gelombang mikro dan kemudian lekapkan di belakang anda untuk membantu melegakan kontraksi anda. Beg gandum tersebut akan kekal panas untuk sejam atau lebih. Untuk mendapatkannya, anda mungkin perlu membelinya dari kedai kehamilan secara atas talian.

Pilihan lain ialah menggunakan botol air panas diisi dengan air panas (bukan mendidih), dibalut dengan tuala dan diletakkan di belakang anda.

Jangan lupa bahawa urut juga memberikan kepanasan. Mendapatkan seorang untuk mengusap belakang anda akan memanaskan kulit ada dan juga merangsang badan anda untuk melepaskan bahan semula jadi untuk melegakan sakit.

Apabila kepala bayi anda mahu keluar, cuba letakkan flanel yang lembut dan panas atas perineum (tisu di antara belakang vagina dan bahagian belakang anda) dan ini akan melegakan sensasi regangan. Walaupun ini bukanlah amalan biasa, bertanyalah dengan doktor anda dan sertakan ini dalam rancangan pelahiran anda.

Pernafasan

Jika anda berfokus kepada pernafasan, ini merupakan cara yang terbaik untuk menghadapi setiap kontraksi. Tarik nafas dalam pada permulaan kontraksi dan r-e-l-a-k-s semasa anda menghembus nafas. Kemudian, tarik nafas melalui hidung anda dan hembuskan nafas melalui mulut anda, dengan melembutkan mulut dan pipi anda. Jangan terlalu risau mengenai berapa dalam anda menarik nafas, cuma pastikan anda mempunyai ritma yang baik. Tarik nafas melalui hidung anda dan hembus nafas melalui mulut yang lembut. Dan lakukannya berkali-kali. Tumpukan sepenuhnya kepada pernafasan anda semasa kontraksi meningkat dan semasa ia reda. Apabila kontraksi sudah berakhir, r-e-l-a-k-s.

Berehat

Pada awal pelahiran, perkara terbaik yang anda boleh lakukan ialah menyediakan diri anda untuk menanggung kesakitan dengan menyimpan tenaga anda secara berehat. Pastikan diri anda seselesa dengan berada di atas katil atau kerusi. Letakkan bantal di sekeliling anda. Mainkan muzik kegemaran anda atau tonton TV dan BEREHAT! Ambillah minuman panas jika anda di rumah (kebanyakan hospital tidak membenarkan wanita makan atau minum semasa pelahiran). Kelak nanti, anda akan mendapati bahawa adalah mudah untuk menghadapi kontraksi yang sakit jika anda tidak keletihan sebab telah bekejar ke sini ke sana masa pelahiran bermula.

Menukar posisi

Cuba elakkan dari berehat atas katil apabila kontraksi anda semakin kerap dan sakit kecuali anda merasa terlalu letih. Pelahiran anda akan bergerak dengan lebih perlahan jika anda berbaring dan apabila perlahiran semakin panjang, semakin letihlah anda nanti. Banyakkan berdiri - tetapi pilihlah satu posisi yang berasa selesa. Berdiri dan bersandarlah pada katil atau suami anda. Atau berlutut dan bersandar atas kusyen kerusi. Berlutut dengan satu kaki diangkat akan menyediakan lebih ruang dalam pelvis anda dan memudahkan bayi anda dilahirkan. Duduklah dalam keadaan merangkak untuk melegakan sakit belakang. Duduk sebentar di kerusi, kemudian bangun dan berjalan untuk seketika. Goyangkan punggung anda sebanyak mungkin – ini akan menggalakkan bayi untuk bergerak!

Urut

Beritahu suami atau rakan pelahiran anda bahagian mana yang anda mahu diurutkan. Anda mungkin mahu diurut di bahagian bawah belakang anda semasa kontraksi. Atau mungkin anda mahu bahu anda diurut di antara kontraksi untuk membantu anda relaks. Beritahu orang yang menemani untuk mengurut dengan perlahan. Jika dia mula mengusap dengan laju, anda akan berasa panik, dan bukannya lebih relaks! Dia perlu menggunakan tekanan yang kukuh untuk merangsang badan untuk melepaskan endorfin, hormon 'rasa lega' yang membuatkan urutan menjadi pengalaman yang positif.

Perasaan disayangi

Kajian menunjukkan bahawa apabila wanita mempunyai orang yang istimewa bersamanya semasa pelahiran, yang menenangkannya dan sentiasa di sisinya, wanita itu akan melahirkan dengan lebih cepat dan mudah, dan ini tidak akan berlaku jika dia tidak mendapat sokongan kasih sayang. Jadi pilihlah rakan pelahiran dengan berhati-hati. Pilihlah seorang yang tidak akan panik; yang percaya akan kebolehan anda; dan orang yang yakin apabila bercakap dengan ahli profesional kesihatan bagi pihak anda. Orang ini mungkin suami anda atau orang yang lain – kakak atau ibu atau rakan baik anda. Atau anda mungkin memilih dua orang rakan pelahiran. Ini bergantung kepada anda.

Walau bagaimanapun, berwaspadalah, sebab sesetengah hospital enggan menerima dua orang rakan pelahiran dalam bilik bersalin pada masa yang sama oleh sebab kekurangan ruang. Walau bagaimanapun, mungkin pihak hospital akan membenarkan seorang rakan pelahiran bersama anda pada satu-satu masa. Ini perlu dibincangkan dengan doktor anda dan keputusan anda perlu dicatitkan sebagai nota doktor dari awal lagi sebelum tarikh bersalin anda.

Skil tahap profesional

Pakar obstretik tidak akan berada di bilik bersalin bersama anda sepanjang pelahiran anda. Dia akan datang dari semasa ke semasa untuk memeriksa anda, membantu anda membuat keputusan mengenai bagaimana boleh melegakan sakit dan sudah tentu akan hadir untuk kelahiran bayi anda. Pada masa-masa lain, anda akan dibantu oleh bidan; dialah yang akan memaklumkan kepada anda tentang perjalanan proses pelahiran anda sepanjang masa. Jika anda mahu melegakan sakit secara semula jadi bagi kontraksi, dia akan membantu anda dan jika anda memilih epidural, dia juga akan menyokong anda. Jika anda tidak berjaya menjalin hubungan yang baik dengan bidan yang diberi, mintalah untuk ditukarkan dengan bidan lain. Dia tidak akan tersinggung. Mungkin juga dia juga berasa yang anda sukar untuk dibantu! Anda berdua akan lebih gembira jika anda mendapatkan orang yang lain.

Monday, December 10, 2012

CheckList Journal Mom To Be - Baby stuff

Sekarang dh 30 minggu 6 hari.. baby pom sgt2 active lm tummy ibu.. suka geli2 ngn ibu yer.. xsbrnyer nk jumpa sitecik ni.. boleh dikatakan dh 80% stuff tuk baby & maknyer dh settle.. aku beli cikit2.. start dr terasa diri ini nk jd mak org.. kekkek.. maka xterasa sgt la duit yg keluar hitu..

walupom beli cikit2.. list 2 tetap hado hokey kot2 la terbeli bender yg bukan2.. (bukan leh caya jgk sebenarnyer list ni)ahak.. tetap terbeli jgk.. ai.. napsu2... (slhkn napsu tetiba)

list tuk brg2 baby

PAKAIAN BAYI:
1- Pampers newbond - aku beli peck kecik ajer dulu.. tgk keserasian kulit si tecik hitu
2- Baju Baby - hok ni mungkin dh byk aku beli.. dlm 15 pasang + lengan panjang,lengan pendek,xda lengan
3- Kain lampin - disponsor oleh MIL(Mil i ckp kene beli jgk walaupom cikit) thanks mama.. :) 
4- Alas Getah - done 
5- Set tilam - reuse yg adik ajer.. tilam kekabu
    Set tilam travel - Done
6- Kelambu - Done
7- Nappy Lines - xsure nk beli ker tidak
8- Beg baby tuk jln2 - Done
9- Stokin Tangan, Kaki,Topi - Done
10- Slimut - Done
11- Kain bendung - Done
12- Barut - Done

KELENGKAPAN MANDIAN:
1- Set Mandian baby - beli set travel dulu - try n error kot xsesuai ngn baby 
2- Tab Mandian Bayi 
3- Pengalas mandian Bayi
4- Tuala Mandi - Done
5- Tuala Muka - Done
6- syampoo Bayi 

BARANG PENJAGAAN BAYI:
1- Bedak bayi
2- Losen Bayi
3- Minyak Bayi
4- Sikat
5- Minyak Telon
6- Pemotong Kuku
7- Kapas Muka
8- Krim Ruam Lamping 
9- Tungku Bayi - DIY sendiri 
10- Baby Wipes - Done (aku beli byk2 terus) 




 ok.. done checklist tuk baby.. nt hupdate tuk ibu plak n kelengkapan ke hospital.. kot2 nt telepas pandang.. ssh lak nk ulang alik amik. beli yg penting2 dulu.. pasaraya dekat jer nt lau xcukup.. terus suh hubby g beli.. hehhehhee..

untuk anak ibu n hubby ku yg tersyang..


SEDETIK LEBIH
Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu

 






Sunday, December 9, 2012

30 minggu 5hari - solat hajat aka melenggan mak oi :p

jumaat 071212 ri lepas kt umah MIL - mjlis solat hajat aka melenggan perut ku yg dh 7 bulan ++ ( mmg melenggan la dr pg sampai mlm,,..) fuhhh penat sih.. bengkak2 segala bagai.. smpai satu thp aku mmg dh xleh nk jln n begerak.. terasa mcm cram hbis kaki n lutut ku ini.. 

kt umah MIL mmg xrami org hanya aku, MIL n SIS ipar ajer.. (ank2 buah xda nk mengarah2 diorg hokey) 2 pom my mak n lovely untie dtg nolong pg2 lg.. adik2 pom ader jgk.. dh ringankan cikit.. FIL xcihat sgt so op course la xdpt nk tolong.. thanks jgk tuk my adik sudi dtg.. tp diorg sume smpai tngahri ajer.. masing2 dh penat.. huwaaaa... hubby pom xmenang tangan, sian plak.. huhuhu.. sampai kan nk snap pic pom xsempat.. otak xdpt nk pikir.. 

per2 pom alhamdulilah.. mjlis bejalan dgn sempurna(cewahhh.. mcm mjlis kawin g2.).

actually sekarang ni dh xda dh lenggan melenggan perut tuk ibu mengandung.. kt kelantan ni dh xbuat bender2 cm 2.. 2 semua 2 adat org2 dulu ajer.. kt cni dh ubah stail.. gantikan ngn solat hajat sambil2 menjamu selera n bersedekah mohon keberkatan selamat dunia akhirat. insyallh.. tetiba rs mcm hampa.. lau ader sekeping dua gmbr best jgk kan.. adoi... bole lak xterpikir kn snap2 pic.. xlarat sgt.

Thursday, November 29, 2012

29 minggu 2 hari - injection kancing gigi

alhandulilah.. baby dh 7 bulan ++ dlm peyut ibu.. kita baru j blik jump puan-puan misi kt klinik kan sayang..
alhamdulilah baby cihat, dengutan jantung baby pom stabil.. & baby jgk xhenti2 bergerak kt dlm 2.. cian baby.. ibu tau waktu2 cm pg cmni baby dh mkn.. tp td xsempat nk sarapan,. ibu kejar ms nk jumpa puan misi.. 

acually ibu xpenah pom nk mintak2 papa temankan kita jump puan misi.. sbb ibu kesiankan papa menunggu kita checkup.. alahai sian tul nengok menunggu kt kusi klnik 2.. lg pulak ibu mmg xsuka buat org tunggu ibu.. rs mcm xtenang ajer.. cukup la ms first day kita jump puan misi dulu papa temankan kita kan.. lg pom xjauh dr rumah KK ni.. 5 minit dh smpai kan syg.. xpelu papa temankan la yer.. awl2 lg ibu ajar ank ibu ni berdikari.. bole kan syng.. berdikari mcm ibu hokey...

lawatan kt klinik hari mcm bertuah sbb org xramai sgt.. kita cepat ajer step2 2.. kekeke.. & hari jgk kene cucuk kancing gigi.. aiii bole tahan gk la terasa tusukan jarum hituuuuu... xda la rs teruk sgt.. sengal2 g2 ajer kira amik darah lg best dr kene cucuk cmni.. dan smpai la saat sdng menaip en3 ini sengal2 hitu masih terasa... hope xda la effect per2 nt cz blik karang nk kene drive wooooo...

lps settle kes cucuk mencucuk.. jmp lg ngn puan misi.. sesi soal menyoal.. ai la badan.. berat xnaik plak bulan ni.. kurang mkn kah..? doc palk xda nk scan tuk ukur berat & saiz baby.. dh pegi klinik tp mcm xpuas hati plak.. nk kene refer doc kt KK jgk.. pas 2 plak hr nim kene check gigi bagai.. nasib xmenyebelahi aku lg.. doc gigi ct jgk.. mak ai.. honey moon ker haper... sume xda.. jd kene la tangguh next checkup bulan depan.. aiii badan... 
 

28 minggu already.. br nk hupdate picture :P 

duk kt opis ni tetiba mls2 la plak.. urmmm...

Sunday, November 25, 2012

Mendobi part 1


huh... baru sebahagian.. tp rs mcm xcukup j lg bj2 ni tuk baby.. nk kene tmbh nih..????

kekkekee.. pg td ms menjemur pakain tuk baby.. siap2 kene warning kt mr b..(dh xleh beli lg) tunggu lps baby membesar baru cr yg besar cikit..) urmmmm... 

tp maknyer rs masih xcukup.. beli senyap2 aci x...???? kkekeke.. opssss...

Thursday, November 22, 2012

28 minggu - Keliru

Assalamualikum & salam kesayangan..

Tetiba rs blur cmner nk mulakan en3 nih..

actually sejak 2 menjak ni since kandungan dh besar cikit cepat sgt rs letih.. kt opis or kt rumah.. cepat j semput.. tp semua 2 normal tuk ibu mengadung like me lps tny ibu2 yg len.. so lega la hati ni.. it's ok la if xda aper2.. xper la rs ssh cikit pom aku rela for my baby...

bila kt opis 2 sememangnyer aku kurang bergerak.. duduk ajer(lau asik bergerak bila keje nk siap) 2 pom aku bergerak n bejalan jgk p toilet & sengaja turun naik tangga kt opis 2 tuk hilangkan lenguh2 kaki ni ha.. tp 2 3 hr lps aku sgt xslesa, rs sesak j nafas ni.. kaki plak lenguh2 & da sedikit bengkak.. kt bwh peyut 2 sememangnyer sgt sakit bila bejalan.. baby lak mengeras j bila ibunyer duk keje.. mlmnyer plak mmg xsuh ckp la.. sakit belakang bagai.. pusing kanan pusing kiri.. erkkkk..mmg hati sgt xtenang.. risau aper2 jd kt my baby.. jdnyer semalam msg hubby mintak singgah klinik bila blik keje nanti.. story mory la kt hubby aper yg aku rs cikit2.. & blik keje smlm kami singgah la kt klinik area dekat2 rumah 2 ajer.. xlrt nk jauh2.. 

bila dh masuk jmp doctor & story2 sama doctor serba cikit problem nyer... trus doctor nk scan.. let c d baby.. wah wah.. xcitednyer.. coz rsnyer dh 2 bulan ibunyer xnengok babynyer hokey.. rinduuuu.. mmg baby diam j ms doc 2 duk usik2 dia.. tdo gknyer.. ukur tulang belakang.. jantung.. kaki.. lengan.. everything its ok.. but.. besar baby melebihi 27 or 28 minggu.. besar baby like a 31 week hokey.. my baby besar dr usia kandungan.. normal ker..? hati mmg xsdp.. & merisaukan aku jgk kepala baby masih lg diatas.. songsang.. sayang baby.. baik2 la didalam sane yer.. cepat2 la pusing ibu nk tgk sayang lg next week.

dan aku jgk confius berkenaan usia kandungan ni.. kt KK mengikut pengiraan sekarang dh 28week 2 days.. n kt klnik swasta ni plak masih lg 27week.. ditambah pulak ngn baby besarnyer mcm dh 31 week.. oh.. oh.. jd tuk confimkan sebenarnyer aku harus la merujuk pakar next week kt KK 2.. appointment 29.11.12.. harap2 dpt la jangkaaan yg betul n ibu xkisah syang bila & kt maner asalkan baby cihat j dlm sane..



 


Tuesday, November 20, 2012

Mandi Wajib Kerana Wiladah Dan Nifas

 
Persoalan mandi wajib kerana nifas, wiladah (beranak), haidh dan
janabah (berjunub) bukan hanya persoalan yang patut diketahui
oleh wanita atau isteri sahaja, namun ia juga patut diketahui oleh
lelaki atau suami. Lebih-lebih lagi kalau wanita itu kurang
maklumat atau pengetahuannya mengenai hal-hal mandi wajib ini.

Seorang perempuan yang telah selesai melahirkan anak
mempunyai kewajipan tertentu, iaitu mandi kerana wiladah
(beranak) dan mandi kerana nifas. Mandi kerana nifas itu wajib
dilakukan setelah berhenti darah nifas atau habis tempoh masa
yang paling maksima bagi nifas, iaitu selama enam puluh hari
enam puluh malam.

Mandi Kerana Nifas

Bagi mengelak kekeliruan, darah nifas ialah darah yang keluar dari
rahim perempuan selepas melahirkan anak, sekalipun hanya setitik.
Bermulanya darah nifas itu keluar sebelum berlalu lima belas hari
setelah seorang perempuan melahirkan anak.

Oleh yang demikian, darah yang di bawah ini tidak dianggap
sebagai darah nifas, iaitu:
1.
Darah yang keluar semasa hamil,
2.
Darah yang keluar semasa sakit hendak melahirkan, dan
3.
Darah yang keluar bersama-sama dengan anak semasa lahirnya.

Ketiga-tiga jenis darah yang disebutkan di atas adalah darah fasad
atau darah istihadhah, ataupun dalam keadaan dan syarat tertentu ia dihkumkan sebagai darah haid

Hukum seorang perempuan yang mengalami darah fasad atau
istihadhah adalah sama seperti seorang yang berada dalam keadaan
berhadats kecil. Tidak diwajibkan ke atasnya mandi, cuma wajib
dibersihkan darah tersebut dan memadai dengan berwudhu untuk
membolehkannya menunaikan sembahyang.

Mandi Kerana Wiladah (Beranak)
 
Menurut syara‘, wiladah (beranak) itu sendiri merupakan salah
satu sebab yang mewajibkan mandi. Termasuk dalam makna
wiladah yang mewajibkan mandi itu ialah:

1.
Melahirkan anak secara normal (biasa), sekalipun melahirkan
tanpa basah atau tanpa darah.


2.
Melahirkan anak bukan secara normal, umpamanya
melahirkan anak secara pembedahan.


3.
Perempuan yang mengalami keguguran anak, sama ada
keguguran itu hanya berupa darah beku (‘alaqah) atau
seketul daging (mudhghah).


Menyentuh mengenai tiga perkara di atas, menurut hukum syara‘
seorang perempuan yang melahirkan anak dalam keadaan kering,
tanpa diikuti oleh darah nifas sehingga habis tempoh 15 hari
daripada hari melahirkan, dianggap sebagai wiladah (beranak)
tanpa basah dan dia juga dihukumkan sebagai tidak mengalami
nifas.

Begitu juga jika seorang perempuan mendapati darah nifasnya itu
tertangguh untuk jangka masa tertentu, maka dalam hal ini,
diwajibkan ke atasnya mandi kerana wiladah untuk mendirikan
sembahyang apabila telah masuk waktu sembahyang.

Wednesday, November 7, 2012

Penangan Ketupat Sutong


ni la dier rupe ketupat sutong.. ni bukan gmbar uper ketupat yg aku masak,copy paste dr google.. akunyer cerah cikit sbb segala bagai dakwat perut mata hitam sume aku buang.. sbbnyer??? sj jer kot.. kekkeke.. & mls nk snap2 gmbr ms masak 2.. tgn bau sutong.. kuikuikui...  aku xsure dr maner asalnyer mender alah nih.. tp kt kota bharu mmg ramai yg suka makan.. manis 2 semestinyer la kan.. mmg best.. 

aku dh masak seminggu yg lps, tp br nk hupdate ko.. sbb nyer..??? nt nk masuk cite sebenarnyer hokey... ms baru2 masak 2 aku try la 2 ekor eh lupa(batuk lg) tekak mmg da rs gatal2.. so aku xbrani nk mkn byk2 sbb risau batuk aku akan jd teruk.. maka yg jd mangsanyer laki aku la,  dia xsuka sgt mkn manis2.. dier just mkn 2 3 ekor j & selebihnyer aku masuk peti & tapau bg kt mek tok aku kt kmpung...

& nk jdkan cite smlm..

lps mkn nasik, aku masih lg rs xkenyang.. aisss... perut xpenuh weh.. nk mkn ajer.. nk ajak en hubby kua mkn rs mcm mls nk siap2 bagai pakai tudung serba serbi aper..tp perut lpr.. ms duk pusing2 lm bilik smbil pikir.. tetiba teringat sutong aku kt lm peti ais.. jd dgn tahap kerajinan aku ni yg 2/10 ajer aku masuk pnskan j la sutong 2... ms duk pnskan dier terpikir jgk.. aku ni hokey ker tidak lau mkn sutong.. before pregnant mmg peberet la wes.. tp now sisa2 batuk still ader.. boleh kah..? boleh kah..? tawakal ajer la.. perut aku ni mmg dh lpr sgt.. sian my litter duk kick2 tummy ibunyer sbb xcukup mkn.. kekkekee.. 

lps dh siap pnskn aku cuma brani mkn cikit ajer.. xbyk pom.. 2 ekor tau.. yg selebihnyer sharing ngn laki aku.. dier yg hbiskan sbb mmg xmo simpan dh.. xelok mknn lm2 lm peti ais kan..kan.. hehhehe...

lps j aku mkn 2 rsnyer ok la.. xda pom tanda2 yg aku ni xleh mkn sutong ituuu.. tp nk dijdkan cite yg xgempak sgt.. lps setengah jm aku mkn ituuu rs mcm perit2 kt tekak.. ha.. sudahhh... habis la aku mlm ni.. compem xtdo.. terus bedecung masuk dapur minum air suam 2 3 gelas... still xhilang lg... hubby dh tgk aku ngn pandangan len mcm..(degil.. nk ugak mkn.. kn dh merasa kenikmatannyer.. adoyaiiii) kene la lyn.. tiba ms nk tido.. aku buat2 xlyn j perit2 tekak.. telelap la kejap n batuk dtg kembali menghantui mlm aku ituuu... huhuhuh.. xmo mkn dh lps nih.. serikkk makk.. & sampai la saat aku menaip entry ini batuk aku masih ader.. thanks ketupat sutong sekurang-kurangnyer kau dh selamat masuk kt dlm perut ini.. hehhehehe..

Tuesday, November 6, 2012

MOM TO BE - 26 MINGGU - Panas semacam jer

Dh nk 7 bulan. alhamdulilah.. my litter pom dh semakin aktif lm tummy ibu.. mengikut angaran my lit dh 37cm.. wah.. dh semakin besar yer sayang..

bila masuk 26 minggu ni aku slalu j kepanasan waktu malam... berpeluh2 wes.. org len sejuk ajer.. tp aku berpeluh. sib la laki aku pom mmg dia jenis berpeluh jgk.. kkekeke.. jd dia dh beli kipas xtand tuk aku sorng kt lm bilik 2.. kipas ms nk tdo 2 mmg xleh nk share2 la yer.. :P tp bila dh pagi mmg sejuk gile smpai kan kejang segala kaki.. laki aku jgk la jd mangsa tekejut aku meraung pagi2 sbb kaki kejang bagai 2 2 belah.. kesian sayang.. 

ader jgk aku tanya2 mak nenek n org2 yg pengalaman nih.. diorg cakap badan kekurangan air lau pns cm 2.. jd kene la minum air byk2 hokey.. wktu siang xper lakan 2 3 botol mineral air 2 15000ml aku telan.. tak la gawat sgt ulang alik p tandas... tp mlmnyer.. xthn la wes lau minum byk2.. nk tekencing ajo.. xlrt nk ulang p tandas.. huhuhuh.. macam-macam hal la kan.. sabo ajer la... 

hubby pom dh slalu ingtkan aku letak miyak & pakai stokin sblm tdo, sbb mak aku pesan suh buat.. kekkeke.. 2 tuk ngelakkan kaki kejang la.. tp kan kadang 2 jd rimas jgk sbb mlm2 nk kene bagun tekucil.. pas 2 palk  miyak kt kaki 2 melekit2 dlm stokin.. sedar2 stokin tanggl sendiri.. ajaib kan... kekkekkee... sekarang ni dh ok la.. kira blh terima.. lau x buat cm2..kene serangan kejang otok mau seksa seharian nk bejalan & begerak bagai bila otot2 kaki 2 mengeras semacam... 

walaucmner pom aku bersyukur sgt my lit sgt aktif & batuk aku jgk dh berkurangan walaupom sisa2 2 ader lg...  


ni je la latest picture ibu.. ms ni ibu genap 6bulan...peyut dh nmpak.. ibu pom dh tembam.. kekkeke

Friday, November 2, 2012

BABY ROMPERS - PROMOTIONS

Beli 5pcs FREE POSTAGE

cepat2 sementara stock masih ada...















grab it now!!HOW TO ORDER

1. Choose your favourites. Get the code no and size.

2. Email to shidahadihs@gmail.com

3. Waiting for confirmation stock from me

4. Bank -in the payment using
ACC : 13010002032208CIMB : 
Noor shaidah binti abdullah

5. Inform me by e-mail @ sms once payment is made.
TEL- 017-9840437

I will send you the goods.

Thursday, November 1, 2012

MOM TO BE - 25 MINGGU - Batuk dh Reda.. selseme pulak datang

Baru je balik dr checkup kt KK tp np doc xscan.. sepatutnyer bulan ni temujanji tuk scan baby.. aku nk tgk baby.. ok ker tidak.. batuk ajer ni.. kot2 baby xslesa.. urmm.. xper la kt KK xmo buat pom.. mlm nt aku ajak hubby la g kt swasta.. walau dh pegi klinik n makan ubat.. batuk masih lg belum bersedia nk tinggalkan aku.. harap baby bertahan yer.. huhuhu.. kita jumpa yer nt syg.. 

berat badan naik lg... urmm.. makn sgt berselera cuma lately ni kurang cikit.. yelakan tekak perit nk telan nasi pom pyh.. tp y la berat still naik ugk..urmm.. ala xjd mslh pom kan.. asal baby cihat walafiat.. now dh start nengok2 n beli cikit2 dh bj2 baby.. beli cikit2 dulu nt xrs sgt duit mengalir mcm air yer dop...? hehehhee.. 

kdng2 2 aku rs sakit kt tapak kaki 2.. xsempat nk tny org2 berepengalaman lg skrng ni.. sbb bila jump diorg terus xingt psl sakit.. lau sakit kt bwh peyut 2 doc dh bgtau 2 normal skrng ni.. lps batuk2 ni hilang mungkin slesa cikit la.. 

pekembangan baby tuk 25 minggu ni sgt memuaskan hati.. bila lapa jer dia terus bg signal.. kick pusing bagai kt dlm 2.. hehehe.. sronok sgt.. geli2 ngn ibu yer syang.. :P.. cuma semalam ibu mintak maaf yer syg.. ibu xthn sgt batuk.. baby duk gerak2 n mengeras kt dlm 2.. mungkin baby xslesa.. bertahan yer sayang.. dh nk hilang batuk ibu ni.. insyallh..

moga segalanyer baik2 saja.. insyallh..

 

Wednesday, October 17, 2012

MOM TO BE - 23 MINGGU - Batuk meyerang

Salam sejahtera dan slm kemaafan sekiranyer tersalah tersilap kata disini..

aku sekarang sudah 23minggu bersama myLittle.. seronok sgt.. sebelum tdo aku akan pastikan kami berbual2 dengan my little.. perasaan gembira xdpt digmbrkan bila ader respond dr my little.. syukur yallah kau berikan aku kesempatan melalui saat indah seperti ini.. 

pd minggu 23 ini jgk aku diserang batuk.. batuk yg memeritkan & kerap bila tiba waktu malam.. tido mlm pom xlena.. bayangkan setiap kali batuk, bergegar seluruh badan terangkat kaki,.huhuhu.. teruknyer rasa kan.. dan jgk setiap jam aku tersedar menahan batuk & meyebabkan perut aku sentiasa mengeras sehingga kebelakang..  kasihan kt my little.. mungkin dia jgk terpaksa menahan.. aku xmau aper2 kesan pada my little.. moga dia cihat walafiat didlm sana.. ank ibu mesti kuat yer sayang.. aku redha jika ini ujian untuk aku semasa hamil ini..


YA ALLAH..KAU SEMBUHKAN LAH BATUK YANG AKU HADAPI INI..HANYA DENGAN IZINMU SAHAJA..KESIHATAN KU AKAN KEMBALI PULIH...AMIN..

 see.. baju pom dh sendat xsbr nk tgk dia membesar.. membesar dengan cihat yer sayang.. ibu n papa menunggumu..

Wednesday, October 10, 2012

Khasiat air kelapa unntuk wanita hamil

  • Air kelapa adalah minuman isotonik alami. Ini membantu dalam pengisian cairan dan hilangnya garam alami yang dilepaskan oleh tubuh. Air kelapa dapat sangat mencegah dehidrasi dan kelelahan.
  • Air kelapa pada dasarnya bebas lemak dan dikenal sebagai minuman nol kolesterol. Beberapa studi telah melaporkan, bahwa air kelapa juga memiliki efek positif untuk menaikkan tingkat HDL (High-density lipoprotein), yaitu kadar kolesterol yang baik dalam tubuh. Hal ini dapat membantu menjaga kadar kolesterol tinggi.
  • Air kelapa sangat dikenal untuk memperkuat sistem kekebalan tubuh. Karena air kelapa kaya dengan asam laurat yang digunakan tubuh untuk menghasilkan monolaurin yang dapat memerangi penyakit asam lemak turunan. Asam laurat dapat memiliki anti bakteri, anti virus dan anti jamur. Kandungan seperti itu dapat sangat membantu memperkuat sistem kekebalan tubuh ibu dan pertumbuhan janin, dan sangat mencegah terjadinya infeksi flu, HIV, herpes, dan lainnya.
  • Manfaat kesehatan lain dari air kelapa adalah bahwa dapat membantu mencegah dan mengobati mulas. Air kelapa secara efektif membantu membersihkan usus dan saluran pencernaan. Hal ini dapat meringankan wanita hamil dari mulas dan sembelit, juga disarankan untuk orang yang menderita bisul.
  • Sebagian besar wanita menderita urinary tract infection (infeksi saluran kemih atau UTI). Air kelapa menjadi diuretik alami, dapat membantu meningkatkan aliran dan frekuensi urin. Dengan demikian, air kelapa dapat mengeluarkan racun dari dalam tubuh dengan mudah, sehingga dapat mencegah infeksi saluran kemih dan timbulnya batu ginjal.
  • Air kelapa adalah sumber alami dan aman untuk hidrat tubuh, dan melancarkan pencernaan, dan juga merupakan bahan kimia gratis yang mengandung jumlah elektrolit yang tinggi.
  • Air kelapa ringan dan bahkan dapat membantu dalam penurunan berat badan. Satu cangkir air kelapa hanya mengandung 46 kalori, air kelapa seperti 95 persennya adalah air.

Tuesday, October 9, 2012

MOM TO BE - 22 MINGGU

Monthly checkup di KK.. everything OK but my berat sgt xmemuaskan hati cik misi tersayag haku itu.. dengan berat hati terpaksa lah haku minum air gula kt KK ( best woo ribena g2 ) tp mak aiii nk habiskan segelas mmg seksi u.. 2 3 kali nk termuntah.. manis dier mmg xleh nk disangkal lg.. sekilo gula mungkin tuk segelas hitu,.. sib la ribena kan.. sekurang2nyer ader masam2.. lau air gula j rsnyer xtertelan.. eeiiiiuuuwwwww....

kenapa minum air gula...? 

hahhahhaa.. sekarang ni mungkin dh jd satu procedure kt KK kot.. ader jgk sebenarnyer cik misi ckp sepatutnyer xperlu untuk minggu ke 22 ni.. minggu ker 24 mungkin..
nak dijadikan cite kenapa aku kene minum air yg best hitu... u all phm2 la kan bila dh berbadan 2 nih.. selera pom 2 la kan.. 2 kali ganda dr biase.. asik nk makan jer.. syg ibu yg kt dlm 2 pom bila j ibu lmbt mkn maka menendang2 la dier.. maunyer ibu nk biarkan syg ibu kelaparan.. mmg x la.. jd.. berat badan si ibu pom naik mendadak dlm ms sebulan.. 3 kilo uuuuuuu.. hehhehhe.. maka cik misi pom suspek la kot si ibu terkena kencing manis katanyer berat badan pd minggu 22 ni harus sekilo ajer naiknyer follow pd graf yg dh ditetap kan.. wat 2 do kan.. xkan nk berdiet.. alahai.. cian syg ibu pulak.. 

disebabkan jgk oleh my keturunan yg mmg dh der diabetics  kot.. suspek ajo la cik misi 2.. walaupom aku dh ckp kt dier yg aku xsuka manis2 sejak dr sekolah lg.. (mmg dier xkan pecaya :)) lau minum or mkn manis aku akan pastikan lps mkn or minum benda manis2 hitu dengan air putih a.k.a air masak bersih untuk mencegah dr terkena kencing manis.. (harus diamalkan hokey) walupom xder keturunan.. ini untuk kesihatan..

it's ok la.. untuk syg ibu ni.. ibu sanggup.. 

amik darah tuk check gula dlm darah.. 2x, seram sejuk haku.. first kene cucuk 2 ok la.. than lps minum kene tunggu 2 jm n xbole kemana2.. melepak di KK hitu ajer.. mengantuk bagai aku kt c2 dengan keadaan yg sgt sejukkkkkk.. argghh.. asik terkencing aku.. mak2 ai ckp xper if terkencing byk lps minum air gula 2.. nt air gula 2 xsempat larut dlm darah.. dia sejat melalui air kencing.. ekkekeke... jd xder la detact byk sgt bila check nt.. dan mmg betul.. serius.. dr 3.8 just naik 3.9 jer.. hah.. mak ai mmg terbaik.. ai xda kencing manis.. xperlu kene checkup every week tuk check gula.. alhamdulilah... yabedabedoooo.. berat badan ai naik sbb ai berselera mkn bukan sbb ai terkene kencing manis.. lps nim mmg kene kwl mkn mknn berkhasiat ajo..

next mountly checkup..alahai... nk wk per lg yep...


Sunday, October 7, 2012

mummy bump :))

tak sabar rasakan nk melalui detik perubahan pada diri sendiri.. every week akan ader perbubahan pada tummy seorg ibu.. saat2 yg xkan pernah hilang dr ingatan.. membesar dengan cihat yer syg didalam sana.. love u so much...

Wednesday, October 3, 2012

DIY - kredit 2 mummy


sbb xtau lg gender my baby so dgn xcited nyer i telah memilih color ini untuk itu.. hehhehe.. apakah itu.. nt i story  mory..

Wednesday, September 26, 2012

TIPS BUAT SUAMI KETIKA ISTERI BERSALIN

TIPS BUAT SUAMI KETIKA ISTERI BERSALIN

Pertama kali bersalin, anda mungkin takut, risau dan gementar TETAPI anda harus ingat suami anda juga merasakan perkara yang sama. Ini juga adalah pengalaman pertama bagi suami anda. Semoga 5 tips mudah di bawah ini membantu bakal bapa dalam memahami peranan anda ketika proses bersalin.

1. Tahu Apa Yang Perlu Dijangkakan
**************************
--> Apabila isteri mula rasakan kontraksi, suami perlu tahu isteri akan mula mengalami kesakitan yang berpanjangan. Emosi isteri akan mula tidak stabil, mudah marah, merengus dan cerewet. Jangan ambil hati kerana itu adalah kesakitan yang bercakap dan bukannya isteri anda. Tidak salah untuk suami sentiasa mengalah di saat-saat ini. 

2.
Bersedia Untuk Menunggu

********************
--> Tidak seperti dalam filem, proses bersalin boleh mengambil masa berjam lamanya. Suami boleh bantu isteri lakukan aktiviti yang menenangkannya. Berjalan dikatakan bantu percepat proses bersalin. Sentuhan juga sangat bermakna di saat ini. Urut atau berikan sentuhan lembut kepada isteri anda untuk menenangkannya. 

3. Jangan Ambil Hati
***************
--> Suami harus ingat ketika sedang menahan sakit bersalin, sikap isteri anda akan berubah-ubah. Mungkin di awal proses kontraksi, urutan menenangkannya tapi di hujung kontraksi, isteri tidak mahu sebarang sentuhan malah mungkin meninggikan suara. Jangan ambil hati kerana itu adalah kesakitan dan emosi yang bercakap. Perhatikan perubahan pada isteri dan ikut sahaja. 

4. Bantu Isteri Bertenang Dan Fokus
**************************
--> Ketika sakit bersalin, isteri akan hilang fokus, gementar dan otaknya sentiasa berfikir perkara buruk. Semua ini mendatangkan aura negatif yang boleh menyukarkan lagi proses bersalin. Jadi tugas suami adalah untuk tenangkan isteri anda, berikan kata-kata semangat, bercakap tentang perkara menggembirakan contohnya tentang bayi yang bakal lahir. 

5.
Sentiasa Berada Di Samping Isteri
**************************
--> Di saat ini, isteri sangat memerlukan sokongan suami. Sentiasa berada di sisi isteri, berikan kata semangat dan luahkan perasaan kasih dan sayang anda tanda menghargai pengorbanan yang dibuat oleh isteri anda. Ucapan semangat dan keyakinan dari suami amat bermakna buat isteri sebagai dorongan untuk melalui saat-saat getir bersalin.
:
:
:
v
v
Sangat penting!Sila Share untuk suami anda..or siapa2 lah yer..:)

Monday, September 24, 2012

Bukan senang nak tunjuk kasih sayang

 En somi ni jenis yang payah & x reti sikit tunjuk emosi..apatah lagi nak tunjuk dia excited.. kadang 2 kita exited lebih tp dia cool jer.. mmg makan hati berulang jantun la mak ckp..
nak jdkan cite aku lately ni slalu je cram kaki.. woooo.. sakit wes... sgt2.. merana jiwa la sowang2.. kdng effect cram 2 smpai 2 3 hr baru hilang.. sebelum ni kaki sebelah kiri.. kt bahagian betis.. 2 3 hari ni palk kene kaki kiri... "aku byk bejalankan??"......"aku kurang bejalankan??" ishhhh.. sbb 2 ker.. urmmm.. kene rujuk org berpengalaman.. selalunyer dekat2 subuh la waktu terbaik dia nk dtg menyerang,. nk bagun semayang subuh terkedek2 aku kt tas katil 2.. en somi ader kt sebelah.. tp serius aku mmg xsampai hati nkkejutkan en somi.. atau mmg dh tabiat aku xsuka kejutkan org tido("sbb nyer aku pom xsuka org gangu aku tido")kekkekke... boleh ker g2..

oleh yg demikian(ayt karangan) 2 3 hari lepas aku mmg sakit sgt2.. xthn wes.. terangkat kaki aku. terpaksa jgk kejutkan hubby, serius tekejut aku bila en somi bagun terus terkam kaki aku.. perghhh!!! sepantas kilat dia bagun.. tekezut mak oi.. kekekke.. tetiba aku tegelak.. terus suh en somi sapu miyak panas n urut2.. sblm ni aku bgtau dia biase j.. ha..kan bila dh akukejutkan dia br dia tau aku sakit betul... kekekkeke.. ni belom sakit nk beranak lg kan.. 

walaupom en somi sgt cool n xsuka tunjuk2 feeling dia 2.. tp 
aku tahu.. kasih kami sgt kuat.. 

perut kami dh nk sm besar.. kekekke.. aku yg 19 minggu.. baju yg aku pakai ni adalah baju majlis bertandang umh en somi.. mmg dh sendat sgt.. xleh nk masuk dh sebenarnyer.. tp perasaan nk pakai baju ni xleh nk tahan dh..jd pakai la jgk.. :P sendat pom sendat la..

Thursday, September 20, 2012

MOM TO BE - 19 MINGGU

alhamdulilah aku sekarang dh 19 minggu.. perasaan xsabar nk tau jantina baby dh smapai kemuncak tp org kate kene sabar dulu sebab 19 minggu ssh nk nmpak lg.. well kene tunggu 21 minggu lau da rezeki baby nk tunjuk tut dia kan.. hehhehe.. hope baby ibu tunjuk tau..ibu nk tau sgt sgt.. siang mlm duk tepikir.. 

kdng aku rs ank aku ni boy.. kdng rs girl.. ehhh... bole ker...??  heheee.. per2 pom ibu cuma nak ank ibu chat n membesar dgn sempurna okes sayam... :P

mengikut buku2 n blog yg aku baca.. diorg da ckp wktu ni dh bole rs pergerakan baby lm peyut.. yes.. mmg betul.. aku dh dpt rs..kdng2 rs jantung bedegup laju.. lepas mkn n kalau lapar.. mmg comfem akan rs dup dup dup... hehehhe.. kdng pom rs ader sesuatu kt dlm peyut nim gerak2.. subhanallah kuasa tuhan yg xterhingga.. aku bersyukur kerana aku dpt melalui & merasa waktu2 bahagia seperti ini.. 

aku pom sekarang nim nk bermakeup ajo.. nk pakai wangi2.. xsuka busuk2.. eh.. gegirl ker,..? xmo xmo.. xmo teka2.. ibu xkesah syg.. boy or girl tetap ibu syg.. jangtung hati ibu.. 

preparation untuk kelahiran yg tersayang ni br jer bermula,. en.somi xbg aku shoping lg.. tunggu sm ngn dia... tp bila nafsu xleh nk thn aku senyap2 jgk beli..kekekke.. yg pasti.. 10% dh beli.. semuanyer pakaian ajer for newborn .. mmg xthn wes nmpk baju2 baby.. pecaya la.. lps dh da baby ni.. kita dh xbyk pikir psl diri sendiri.. everything for baby yg akn lahir nanti..

lg 2 weeks ibu nk tgk syg ibu nih.. membesar dengan cihat yer syg... 



Selamat Datang Blog "Keh!dupanKu & KenanganKu".

MY NUFF