MY BUBBLE BLUE

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Followers

Tuesday, November 20, 2012

Mandi Wajib Kerana Wiladah Dan Nifas

 
Persoalan mandi wajib kerana nifas, wiladah (beranak), haidh dan
janabah (berjunub) bukan hanya persoalan yang patut diketahui
oleh wanita atau isteri sahaja, namun ia juga patut diketahui oleh
lelaki atau suami. Lebih-lebih lagi kalau wanita itu kurang
maklumat atau pengetahuannya mengenai hal-hal mandi wajib ini.

Seorang perempuan yang telah selesai melahirkan anak
mempunyai kewajipan tertentu, iaitu mandi kerana wiladah
(beranak) dan mandi kerana nifas. Mandi kerana nifas itu wajib
dilakukan setelah berhenti darah nifas atau habis tempoh masa
yang paling maksima bagi nifas, iaitu selama enam puluh hari
enam puluh malam.

Mandi Kerana Nifas

Bagi mengelak kekeliruan, darah nifas ialah darah yang keluar dari
rahim perempuan selepas melahirkan anak, sekalipun hanya setitik.
Bermulanya darah nifas itu keluar sebelum berlalu lima belas hari
setelah seorang perempuan melahirkan anak.

Oleh yang demikian, darah yang di bawah ini tidak dianggap
sebagai darah nifas, iaitu:
1.
Darah yang keluar semasa hamil,
2.
Darah yang keluar semasa sakit hendak melahirkan, dan
3.
Darah yang keluar bersama-sama dengan anak semasa lahirnya.

Ketiga-tiga jenis darah yang disebutkan di atas adalah darah fasad
atau darah istihadhah, ataupun dalam keadaan dan syarat tertentu ia dihkumkan sebagai darah haid

Hukum seorang perempuan yang mengalami darah fasad atau
istihadhah adalah sama seperti seorang yang berada dalam keadaan
berhadats kecil. Tidak diwajibkan ke atasnya mandi, cuma wajib
dibersihkan darah tersebut dan memadai dengan berwudhu untuk
membolehkannya menunaikan sembahyang.

Mandi Kerana Wiladah (Beranak)
 
Menurut syara‘, wiladah (beranak) itu sendiri merupakan salah
satu sebab yang mewajibkan mandi. Termasuk dalam makna
wiladah yang mewajibkan mandi itu ialah:

1.
Melahirkan anak secara normal (biasa), sekalipun melahirkan
tanpa basah atau tanpa darah.


2.
Melahirkan anak bukan secara normal, umpamanya
melahirkan anak secara pembedahan.


3.
Perempuan yang mengalami keguguran anak, sama ada
keguguran itu hanya berupa darah beku (‘alaqah) atau
seketul daging (mudhghah).


Menyentuh mengenai tiga perkara di atas, menurut hukum syara‘
seorang perempuan yang melahirkan anak dalam keadaan kering,
tanpa diikuti oleh darah nifas sehingga habis tempoh 15 hari
daripada hari melahirkan, dianggap sebagai wiladah (beranak)
tanpa basah dan dia juga dihukumkan sebagai tidak mengalami
nifas.

Begitu juga jika seorang perempuan mendapati darah nifasnya itu
tertangguh untuk jangka masa tertentu, maka dalam hal ini,
diwajibkan ke atasnya mandi kerana wiladah untuk mendirikan
sembahyang apabila telah masuk waktu sembahyang.

No comments:

Selamat Datang Blog "Keh!dupanKu & KenanganKu".

MY NUFF