MY BUBBLE BLUE

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Followers

Thursday, July 19, 2012

Doa anak dalam kandungan

'' Ya Allah peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan Mu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperut ku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umurnya sihatkanlah badanya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta Alam.

Amin..

Monday, July 16, 2012

MOM TO BE - 9 WEEK

syukur alhamdulilah.. berkesempatan untuk mencoretkan sedikit kenangan untuk tatapan dimasa hadapan.

syukur alhamdulilah aku kini semakin cergas n cihat.. sickness sudah beransur2 hilang dari hari ke hari..

14.07.12 - berbincang2 bercantung2 ngn mr hubby berkenaan rawatan.. kami memilih untuk membuat rawatan di KK mahligai sahaja.. dekat ngn rumah,, aku pom xperlu drive jauh2 untuk ker private hospital jika mr hubby xberkesempatan untuk menemani.

15.07.12 - pagi2 lagi dh bersiap untuk mendaftarkan diri di KK mhligai. prosuder nyer sesiapa yg pernah ker KK mesti tau n phm keadaannyer kan.. sib la hubby teman, leh wk teman2 borak,.

scan pertama 9 minggu - ank ibu dh 9minggu upernyer,. pertama kali ibu melihatmu sayang.. sebak tetiba, terimakasih ya allh kerana memberiku kesempatan untuk merasai nikmat menjadi seorg ibu,. walaupom bentuk anak ibu belum jelas tp ibu boleh merasai nyer sayang. ibu gembira sangat sayang,. ibu xsabar untuk melihatmu lg.

ibu xpernah jemu2 berdoa moga anak ibu ini menjadi anak yang soleh, semaga anak ibu ini chat dan cergas..

normal ker masa mengandung kene ulser dalam mulut.. bayak plak 2.. nk mkn pom susah.. ??


Selamat Datang Blog "Keh!dupanKu & KenanganKu".

MY NUFF