MY BUBBLE BLUE

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Followers

Monday, December 31, 2012

33 minggu 6hari - gastrik a.k.a angin + cirit birit

pagi2 jumaat subuh2 lg aku dh rs xsdp perut.. nk beranak dh ker.. xkan la kot.. skaitnyer perut n dada ni.. tp pinggan xda rs per2.. 2  3 4 kali jgk la aku ulang alik ker tandas,, asik nk poo2 ajer.. tambah plak ngn muntah n sakit kt bahagian dada.. huhuhu.. teketar2 aku thn smpai kua air mate.. apa dh jd ngn aku ni.. huhuhu.. risau sgt kt si tecik lm perut ni.. dia pom xgerak2 sejak dr aku start sakt2 cm2.. 

kul 8.00 lebih kurang cm 2.. aku mmg dh xthn sgt.. siap nagis bagai dh risau psl si tecik n thn sakit kt dada ni.. mencucuk2.. eeeiiiuuuuu.. bgtau hubby jom la kita p klinik.. tawakal ajer la.. hope xda per2... so hubby siap pesan suh breakfast dulu.. ai la en somi.. cmner la i nk makan.. minum ajer dh temuntah.. last2 kita pegi ajer klinik..

sampai kt klinik yg biase aku jmpa 2 docnyer xmasuk lg.. jdnyer terpaksa la meredah jln yg xcbok sgt pegi klinik yg jauh cikit.. xper la kan lg pom klinik 2 aku biase checkup jgk.. yg pastinyer muslimah hokey.. kekkeke.. smpai j klinik tetiba terasa sitecik ni gerak2 kt dlm 2.. alhamdulilah.. lega cikit.. tp sakit kt dada mmg xthn hokey.. kul 9.30pg br blh jmp doc.. n suspect me ader gastrik.. urmmm... 

 gastrik.. heran jgk cmner leh jd gastrik padahal aku mmg xpenah biarkan diri aku kelapara.. oh.. sian sitecik.. gknyer dia xcukup mkn kt dlm 2 kot.. uihhhhh... 

lps blik dr klinik terus telan ubt yg doc kasi tuk preggy mummy.. lps 2 jm aku tdo xsdr diri hilangla kesakitan nyer.. alhamdulilah.. dh bole mkn cm biase...

next entry nk cite psl aku kene minum air gulatuk ke-2 kalinye becoz berat naik mendadak dlm masa 2 minggu.. huhuhuhuh...

Sunday, December 23, 2012

sampul tilam a.k.a lembek


tarraaaa... dh siap pom.. i penah cite kt cni dulu kan ( DIY-my mummy ).. my mum yg jahitkan.. tp my mum ckp mcm xnice color ni.. xceria.. better beli lain la satu lg color2 terang cikit.. ceria2 g2 nt leh gilir2.. aiyaaaa... baiklah mak..

acually tilam bantal sume 2 guna yg sedara mara adik adik yg dh lps.. tilam kekabu.. elok lg.. kira ni harta turun temurun la yer..  kekkekke.. 

jd lps ni kene usha2 kain corak len la pulak.. errrrmmmmm

Thursday, December 20, 2012

32 minggu - lagi 2 bulan lebih kurang

walllaaahhhh.. idea byk nk taip tp mls nk mengarang.. kekkeke... weyyyy.. 32 minggu dh kan.. alamak.. dh xlama.. waaa..... ibu dh xlm nk face 2 face ngn sikecik nih.. so xcited bila tgk kwn2 len dh letak pic2 ank2 lm fb g2.. betambah2 xsbr lak..

lately ni bila dh masuk 32 minggu aku rs simtom2 mcm first trimester  dulu.. rs pening mls xlarat serba xkene pendek kate sgt2 moody dan yg paling ketara aku sgt cepat touching.. xsuka gurau2 bodo hokey.. apakah perangai maknyer ha... padahal aku ni jenis mmg suka gurau2 bodo g2.. kekekke.. & merumitkan aku jgk adalah time nk gosok/berus gigi.. mak ai.. muntah bagai la.. huhuhuhu.. 

sayang sikecik pulak sgt2 la aktif.. pagi2 dh bagun sm ibu solat subuh yer kan.. sampai la maknyer drive nk g keje senget benget perut maknyer kene tendang ngn sitecik ni.. sm jgk bila maknyer duk tension2 buat keje, sitecik pom tension2 jgk kt dlm 2..mcm sitecik 2 sgt2 xcited  wk keje sm ngn maknyer..kekkeke.. sekarang ni lagi la makin ketara bila perut maknyer berkeriut-keriut kiri kanan sampai orang pun boleh perasan. so suwiiiittttt..

pergerakan aku sendiri pun semakin terbatas.. bila dh duduk susah nk bagun,. awal pagi mesti nk poo2.. adohai.. seksa j rasa sebabnya bila dh lm tdo kt katil 2 sgt la pyh nk bagun.. makan masa tuk bangun dari katil. perlu berpaut pada sesuatu utk bgun. bayangkan la lau dh xthn sgt cmner la yer.. mau j poo2 kt tas tilam 2..

alhamdulilah.. semakin hari semakin aku merindui sitecik ni.. betapa xsabarnyer nk menatap wajahnyer.. 

Wednesday, December 12, 2012

Melegakan Sakit Semasa Bersalin

sumber : http://www.babycenter.com.my/a1033072/melegakan-sakit-secara-semula-jadi-semasa-pelahiran

Dapatkan kehangatan

Ambil beg diperbuat dari kain, isikan dengan sekam gandum dan panaskan untuk beberapa minit dalam ketuhar gelombang mikro dan kemudian lekapkan di belakang anda untuk membantu melegakan kontraksi anda. Beg gandum tersebut akan kekal panas untuk sejam atau lebih. Untuk mendapatkannya, anda mungkin perlu membelinya dari kedai kehamilan secara atas talian.

Pilihan lain ialah menggunakan botol air panas diisi dengan air panas (bukan mendidih), dibalut dengan tuala dan diletakkan di belakang anda.

Jangan lupa bahawa urut juga memberikan kepanasan. Mendapatkan seorang untuk mengusap belakang anda akan memanaskan kulit ada dan juga merangsang badan anda untuk melepaskan bahan semula jadi untuk melegakan sakit.

Apabila kepala bayi anda mahu keluar, cuba letakkan flanel yang lembut dan panas atas perineum (tisu di antara belakang vagina dan bahagian belakang anda) dan ini akan melegakan sensasi regangan. Walaupun ini bukanlah amalan biasa, bertanyalah dengan doktor anda dan sertakan ini dalam rancangan pelahiran anda.

Pernafasan

Jika anda berfokus kepada pernafasan, ini merupakan cara yang terbaik untuk menghadapi setiap kontraksi. Tarik nafas dalam pada permulaan kontraksi dan r-e-l-a-k-s semasa anda menghembus nafas. Kemudian, tarik nafas melalui hidung anda dan hembuskan nafas melalui mulut anda, dengan melembutkan mulut dan pipi anda. Jangan terlalu risau mengenai berapa dalam anda menarik nafas, cuma pastikan anda mempunyai ritma yang baik. Tarik nafas melalui hidung anda dan hembus nafas melalui mulut yang lembut. Dan lakukannya berkali-kali. Tumpukan sepenuhnya kepada pernafasan anda semasa kontraksi meningkat dan semasa ia reda. Apabila kontraksi sudah berakhir, r-e-l-a-k-s.

Berehat

Pada awal pelahiran, perkara terbaik yang anda boleh lakukan ialah menyediakan diri anda untuk menanggung kesakitan dengan menyimpan tenaga anda secara berehat. Pastikan diri anda seselesa dengan berada di atas katil atau kerusi. Letakkan bantal di sekeliling anda. Mainkan muzik kegemaran anda atau tonton TV dan BEREHAT! Ambillah minuman panas jika anda di rumah (kebanyakan hospital tidak membenarkan wanita makan atau minum semasa pelahiran). Kelak nanti, anda akan mendapati bahawa adalah mudah untuk menghadapi kontraksi yang sakit jika anda tidak keletihan sebab telah bekejar ke sini ke sana masa pelahiran bermula.

Menukar posisi

Cuba elakkan dari berehat atas katil apabila kontraksi anda semakin kerap dan sakit kecuali anda merasa terlalu letih. Pelahiran anda akan bergerak dengan lebih perlahan jika anda berbaring dan apabila perlahiran semakin panjang, semakin letihlah anda nanti. Banyakkan berdiri - tetapi pilihlah satu posisi yang berasa selesa. Berdiri dan bersandarlah pada katil atau suami anda. Atau berlutut dan bersandar atas kusyen kerusi. Berlutut dengan satu kaki diangkat akan menyediakan lebih ruang dalam pelvis anda dan memudahkan bayi anda dilahirkan. Duduklah dalam keadaan merangkak untuk melegakan sakit belakang. Duduk sebentar di kerusi, kemudian bangun dan berjalan untuk seketika. Goyangkan punggung anda sebanyak mungkin – ini akan menggalakkan bayi untuk bergerak!

Urut

Beritahu suami atau rakan pelahiran anda bahagian mana yang anda mahu diurutkan. Anda mungkin mahu diurut di bahagian bawah belakang anda semasa kontraksi. Atau mungkin anda mahu bahu anda diurut di antara kontraksi untuk membantu anda relaks. Beritahu orang yang menemani untuk mengurut dengan perlahan. Jika dia mula mengusap dengan laju, anda akan berasa panik, dan bukannya lebih relaks! Dia perlu menggunakan tekanan yang kukuh untuk merangsang badan untuk melepaskan endorfin, hormon 'rasa lega' yang membuatkan urutan menjadi pengalaman yang positif.

Perasaan disayangi

Kajian menunjukkan bahawa apabila wanita mempunyai orang yang istimewa bersamanya semasa pelahiran, yang menenangkannya dan sentiasa di sisinya, wanita itu akan melahirkan dengan lebih cepat dan mudah, dan ini tidak akan berlaku jika dia tidak mendapat sokongan kasih sayang. Jadi pilihlah rakan pelahiran dengan berhati-hati. Pilihlah seorang yang tidak akan panik; yang percaya akan kebolehan anda; dan orang yang yakin apabila bercakap dengan ahli profesional kesihatan bagi pihak anda. Orang ini mungkin suami anda atau orang yang lain – kakak atau ibu atau rakan baik anda. Atau anda mungkin memilih dua orang rakan pelahiran. Ini bergantung kepada anda.

Walau bagaimanapun, berwaspadalah, sebab sesetengah hospital enggan menerima dua orang rakan pelahiran dalam bilik bersalin pada masa yang sama oleh sebab kekurangan ruang. Walau bagaimanapun, mungkin pihak hospital akan membenarkan seorang rakan pelahiran bersama anda pada satu-satu masa. Ini perlu dibincangkan dengan doktor anda dan keputusan anda perlu dicatitkan sebagai nota doktor dari awal lagi sebelum tarikh bersalin anda.

Skil tahap profesional

Pakar obstretik tidak akan berada di bilik bersalin bersama anda sepanjang pelahiran anda. Dia akan datang dari semasa ke semasa untuk memeriksa anda, membantu anda membuat keputusan mengenai bagaimana boleh melegakan sakit dan sudah tentu akan hadir untuk kelahiran bayi anda. Pada masa-masa lain, anda akan dibantu oleh bidan; dialah yang akan memaklumkan kepada anda tentang perjalanan proses pelahiran anda sepanjang masa. Jika anda mahu melegakan sakit secara semula jadi bagi kontraksi, dia akan membantu anda dan jika anda memilih epidural, dia juga akan menyokong anda. Jika anda tidak berjaya menjalin hubungan yang baik dengan bidan yang diberi, mintalah untuk ditukarkan dengan bidan lain. Dia tidak akan tersinggung. Mungkin juga dia juga berasa yang anda sukar untuk dibantu! Anda berdua akan lebih gembira jika anda mendapatkan orang yang lain.

Monday, December 10, 2012

CheckList Journal Mom To Be - Baby stuff

Sekarang dh 30 minggu 6 hari.. baby pom sgt2 active lm tummy ibu.. suka geli2 ngn ibu yer.. xsbrnyer nk jumpa sitecik ni.. boleh dikatakan dh 80% stuff tuk baby & maknyer dh settle.. aku beli cikit2.. start dr terasa diri ini nk jd mak org.. kekkek.. maka xterasa sgt la duit yg keluar hitu..

walupom beli cikit2.. list 2 tetap hado hokey kot2 la terbeli bender yg bukan2.. (bukan leh caya jgk sebenarnyer list ni)ahak.. tetap terbeli jgk.. ai.. napsu2... (slhkn napsu tetiba)

list tuk brg2 baby

PAKAIAN BAYI:
1- Pampers newbond - aku beli peck kecik ajer dulu.. tgk keserasian kulit si tecik hitu
2- Baju Baby - hok ni mungkin dh byk aku beli.. dlm 15 pasang + lengan panjang,lengan pendek,xda lengan
3- Kain lampin - disponsor oleh MIL(Mil i ckp kene beli jgk walaupom cikit) thanks mama.. :) 
4- Alas Getah - done 
5- Set tilam - reuse yg adik ajer.. tilam kekabu
    Set tilam travel - Done
6- Kelambu - Done
7- Nappy Lines - xsure nk beli ker tidak
8- Beg baby tuk jln2 - Done
9- Stokin Tangan, Kaki,Topi - Done
10- Slimut - Done
11- Kain bendung - Done
12- Barut - Done

KELENGKAPAN MANDIAN:
1- Set Mandian baby - beli set travel dulu - try n error kot xsesuai ngn baby 
2- Tab Mandian Bayi 
3- Pengalas mandian Bayi
4- Tuala Mandi - Done
5- Tuala Muka - Done
6- syampoo Bayi 

BARANG PENJAGAAN BAYI:
1- Bedak bayi
2- Losen Bayi
3- Minyak Bayi
4- Sikat
5- Minyak Telon
6- Pemotong Kuku
7- Kapas Muka
8- Krim Ruam Lamping 
9- Tungku Bayi - DIY sendiri 
10- Baby Wipes - Done (aku beli byk2 terus) 




 ok.. done checklist tuk baby.. nt hupdate tuk ibu plak n kelengkapan ke hospital.. kot2 nt telepas pandang.. ssh lak nk ulang alik amik. beli yg penting2 dulu.. pasaraya dekat jer nt lau xcukup.. terus suh hubby g beli.. hehhehhee..

untuk anak ibu n hubby ku yg tersyang..


SEDETIK LEBIH
Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu

 






Sunday, December 9, 2012

30 minggu 5hari - solat hajat aka melenggan mak oi :p

jumaat 071212 ri lepas kt umah MIL - mjlis solat hajat aka melenggan perut ku yg dh 7 bulan ++ ( mmg melenggan la dr pg sampai mlm,,..) fuhhh penat sih.. bengkak2 segala bagai.. smpai satu thp aku mmg dh xleh nk jln n begerak.. terasa mcm cram hbis kaki n lutut ku ini.. 

kt umah MIL mmg xrami org hanya aku, MIL n SIS ipar ajer.. (ank2 buah xda nk mengarah2 diorg hokey) 2 pom my mak n lovely untie dtg nolong pg2 lg.. adik2 pom ader jgk.. dh ringankan cikit.. FIL xcihat sgt so op course la xdpt nk tolong.. thanks jgk tuk my adik sudi dtg.. tp diorg sume smpai tngahri ajer.. masing2 dh penat.. huwaaaa... hubby pom xmenang tangan, sian plak.. huhuhu.. sampai kan nk snap pic pom xsempat.. otak xdpt nk pikir.. 

per2 pom alhamdulilah.. mjlis bejalan dgn sempurna(cewahhh.. mcm mjlis kawin g2.).

actually sekarang ni dh xda dh lenggan melenggan perut tuk ibu mengandung.. kt kelantan ni dh xbuat bender2 cm 2.. 2 semua 2 adat org2 dulu ajer.. kt cni dh ubah stail.. gantikan ngn solat hajat sambil2 menjamu selera n bersedekah mohon keberkatan selamat dunia akhirat. insyallh.. tetiba rs mcm hampa.. lau ader sekeping dua gmbr best jgk kan.. adoi... bole lak xterpikir kn snap2 pic.. xlarat sgt.

Selamat Datang Blog "Keh!dupanKu & KenanganKu".

MY NUFF