MY BUBBLE BLUE

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Followers

Tuesday, August 25, 2009

Bahagiakah

Bahagia ke aku sekarang nih? Mmmm… aku rasa aku memang bahagia. Walaupun aku bukan jenis yang berharta. Aku bahagia sebab aku masih ada keluarga. Aku masih ada kawan-kawan. Aku masih ada sahabat dan aku masih ada tulang empat kerat untuk aku terus cari rezeki. Problem kecik ke, problem besar ke, tu kira adat le tu… sekurang-kurangnya aku dapat belajar erti sebuah kehidupan. Senang memanjang pun tak best jugak. Mudah sangat hidup.

Bila aku ada problem, aku selalu kenangkan wajah mak aku. Pada dialah selalunya semangat aku berkobar-kobar. Sedangkan dia yang pompuan tu pun bole kuat semangat, inikan pulak aku. Betullah kata orang, pompuan nih lemah tapi hati dia kering. Mak cool. Dia tak cepat melenting. Nasihat dia lembut tapi tajam. Suara dia rendah tapi makna dia dalam. Mata dia redup tapi renungan dia menusuk. Tangisan dia sayu tapi cukup untuk aku memahami sesuatu. Langkah dia lembut tapi hati dia keras untuk terus redha menghadapi segala dugaan.

esok masih ada…

kredit by :Uncle Izahar (malaysiaria@yahoogroups.com)

2 comments:

~amy liana8886~ said...

ingatkan syidah karang diri citer nie..tgk2 bawah tu len dh..tp sama la sy kalu sush mmg ingat wajah ibu kan..ibu pemberi kiter smangat..

shidah said...

hehhe..ms bc kate2 2 mmg kene r sebijik.. 2 amik n paste 2.. agr leh kongsi ngn kwn2.

Selamat Datang Blog "Keh!dupanKu & KenanganKu".

MY NUFF