sumber : http://www.babycenter.com.my/a1033072/melegakan-sakit-secara-semula-jadi-semasa-pelahiran
Dapatkan kehangatan
Ambil beg
diperbuat dari kain, isikan dengan sekam gandum dan panaskan untuk
beberapa minit dalam ketuhar gelombang mikro dan kemudian lekapkan di
belakang anda untuk membantu melegakan kontraksi anda. Beg gandum
tersebut akan kekal panas untuk sejam atau lebih. Untuk mendapatkannya,
anda mungkin perlu membelinya dari kedai kehamilan secara atas talian.
Pilihan lain ialah menggunakan botol air panas diisi dengan air panas (bukan mendidih), dibalut dengan tuala dan diletakkan di belakang anda.
Jangan lupa bahawa urut juga memberikan kepanasan. Mendapatkan seorang untuk mengusap belakang anda akan memanaskan kulit ada dan juga merangsang badan anda untuk melepaskan bahan semula jadi untuk melegakan sakit.
Apabila kepala bayi anda mahu keluar, cuba letakkan flanel yang lembut dan panas atas perineum (tisu di antara belakang vagina dan bahagian belakang anda) dan ini akan melegakan sensasi regangan. Walaupun ini bukanlah amalan biasa, bertanyalah dengan doktor anda dan sertakan ini dalam rancangan pelahiran anda.

Pernafasan
Jika anda berfokus kepada pernafasan,
ini merupakan cara yang terbaik untuk menghadapi setiap kontraksi.
Tarik nafas dalam pada permulaan kontraksi dan r-e-l-a-k-s semasa anda
menghembus nafas. Kemudian, tarik nafas melalui hidung anda dan
hembuskan nafas melalui mulut anda, dengan melembutkan mulut dan pipi
anda. Jangan terlalu risau mengenai berapa dalam anda menarik nafas,
cuma pastikan anda mempunyai ritma yang baik. Tarik nafas melalui hidung
anda dan hembus nafas melalui mulut yang lembut. Dan lakukannya
berkali-kali. Tumpukan sepenuhnya kepada pernafasan anda semasa
kontraksi meningkat dan semasa ia reda. Apabila kontraksi sudah
berakhir, r-e-l-a-k-s.
Berehat
Pada awal pelahiran,
perkara terbaik yang anda boleh lakukan ialah menyediakan diri anda
untuk menanggung kesakitan dengan menyimpan tenaga anda secara berehat.
Pastikan diri anda seselesa dengan berada di atas katil atau kerusi.
Letakkan bantal di sekeliling anda. Mainkan muzik kegemaran anda atau
tonton TV dan BEREHAT! Ambillah minuman panas jika anda di rumah
(kebanyakan hospital tidak membenarkan wanita makan atau minum semasa
pelahiran). Kelak nanti, anda akan mendapati bahawa adalah mudah untuk
menghadapi kontraksi yang sakit jika anda tidak keletihan sebab telah
bekejar ke sini ke sana masa pelahiran bermula.
Menukar posisi
Cuba elakkan dari
berehat atas katil apabila kontraksi anda semakin kerap dan sakit
kecuali anda merasa terlalu letih. Pelahiran anda akan bergerak dengan
lebih perlahan jika anda berbaring dan apabila perlahiran semakin
panjang, semakin letihlah anda nanti. Banyakkan berdiri - tetapi
pilihlah satu posisi
yang berasa selesa. Berdiri dan bersandarlah pada katil atau suami
anda. Atau berlutut dan bersandar atas kusyen kerusi. Berlutut dengan
satu kaki diangkat akan menyediakan lebih ruang dalam pelvis anda dan
memudahkan bayi anda dilahirkan. Duduklah dalam keadaan merangkak untuk
melegakan sakit belakang. Duduk sebentar di kerusi, kemudian bangun dan
berjalan untuk seketika. Goyangkan punggung anda sebanyak mungkin – ini
akan menggalakkan bayi untuk bergerak!
Urut
Beritahu suami atau rakan pelahiran anda bahagian mana yang anda mahu diurutkan.
Anda mungkin mahu diurut di bahagian bawah belakang anda semasa
kontraksi. Atau mungkin anda mahu bahu anda diurut di antara kontraksi
untuk membantu anda relaks. Beritahu orang yang menemani untuk mengurut
dengan perlahan. Jika dia mula mengusap dengan laju, anda akan berasa
panik, dan bukannya lebih relaks! Dia perlu menggunakan tekanan yang
kukuh untuk merangsang badan untuk melepaskan endorfin, hormon 'rasa
lega' yang membuatkan urutan menjadi pengalaman yang positif.
Perasaan disayangi
Kajian
menunjukkan bahawa apabila wanita mempunyai orang yang istimewa
bersamanya semasa pelahiran, yang menenangkannya dan sentiasa di
sisinya, wanita itu akan melahirkan dengan lebih cepat dan mudah, dan
ini tidak akan berlaku jika dia tidak mendapat sokongan kasih sayang.
Jadi pilihlah rakan pelahiran
dengan berhati-hati. Pilihlah seorang yang tidak akan panik; yang
percaya akan kebolehan anda; dan orang yang yakin apabila bercakap
dengan ahli profesional kesihatan bagi pihak anda. Orang ini mungkin
suami anda atau orang yang lain – kakak atau ibu atau rakan baik anda.
Atau anda mungkin memilih dua orang rakan pelahiran. Ini bergantung
kepada anda.
Walau bagaimanapun, berwaspadalah, sebab sesetengah hospital enggan menerima dua orang rakan pelahiran dalam bilik bersalin pada masa yang sama oleh sebab kekurangan ruang. Walau bagaimanapun, mungkin pihak hospital akan membenarkan seorang rakan pelahiran bersama anda pada satu-satu masa. Ini perlu dibincangkan dengan doktor anda dan keputusan anda perlu dicatitkan sebagai nota doktor dari awal lagi sebelum tarikh bersalin anda.

Skil tahap profesional
Pakar
obstretik tidak akan berada di bilik bersalin bersama anda sepanjang
pelahiran anda. Dia akan datang dari semasa ke semasa untuk memeriksa
anda, membantu anda membuat keputusan mengenai bagaimana boleh melegakan
sakit dan sudah tentu akan hadir untuk kelahiran bayi anda. Pada
masa-masa lain, anda akan dibantu oleh bidan; dialah yang akan
memaklumkan kepada anda tentang perjalanan proses pelahiran anda
sepanjang masa. Jika anda mahu melegakan sakit secara semula jadi bagi
kontraksi, dia akan membantu anda dan jika anda memilih epidural,
dia juga akan menyokong anda. Jika anda tidak berjaya menjalin hubungan
yang baik dengan bidan yang diberi, mintalah untuk ditukarkan dengan
bidan lain. Dia tidak akan tersinggung. Mungkin juga dia juga berasa
yang anda sukar untuk dibantu! Anda berdua akan lebih gembira jika anda
mendapatkan orang yang lain.
No comments:
Post a Comment