MY BUBBLE BLUE

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Followers

Showing posts with label sharing is caring. Show all posts
Showing posts with label sharing is caring. Show all posts

Wednesday, May 15, 2013

Perubahan Selepas adanyer ANAK

Sering kali rakan-rakan kita memberi peringatan kepada kita ketika kita sedang mengandungkan anak pertama. “Kau tidurlah puas-puas, nanti dah ada anak mesti tak cukup tidur”...Betul kan?
Dan yang pasti, selepas mempunyai anak, banyak yang akan berubah dalam hidup kita. Kita akan mempunyai kekangan wang, tidak cukup tidur dan tanggungjawab yang makin bertambah.
1- Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak.
2- Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.
3- Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo!
4- Kita akan lebih menghargai diri kita.
5- Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.
6- Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis.
7- Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.
8 Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukannya.
9- Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka.
10- Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat!
11- Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak!
12- Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak.
13- Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing.
14- Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan!

Tuesday, November 20, 2012

Mandi Wajib Kerana Wiladah Dan Nifas

 
Persoalan mandi wajib kerana nifas, wiladah (beranak), haidh dan
janabah (berjunub) bukan hanya persoalan yang patut diketahui
oleh wanita atau isteri sahaja, namun ia juga patut diketahui oleh
lelaki atau suami. Lebih-lebih lagi kalau wanita itu kurang
maklumat atau pengetahuannya mengenai hal-hal mandi wajib ini.

Seorang perempuan yang telah selesai melahirkan anak
mempunyai kewajipan tertentu, iaitu mandi kerana wiladah
(beranak) dan mandi kerana nifas. Mandi kerana nifas itu wajib
dilakukan setelah berhenti darah nifas atau habis tempoh masa
yang paling maksima bagi nifas, iaitu selama enam puluh hari
enam puluh malam.

Mandi Kerana Nifas

Bagi mengelak kekeliruan, darah nifas ialah darah yang keluar dari
rahim perempuan selepas melahirkan anak, sekalipun hanya setitik.
Bermulanya darah nifas itu keluar sebelum berlalu lima belas hari
setelah seorang perempuan melahirkan anak.

Oleh yang demikian, darah yang di bawah ini tidak dianggap
sebagai darah nifas, iaitu:
1.
Darah yang keluar semasa hamil,
2.
Darah yang keluar semasa sakit hendak melahirkan, dan
3.
Darah yang keluar bersama-sama dengan anak semasa lahirnya.

Ketiga-tiga jenis darah yang disebutkan di atas adalah darah fasad
atau darah istihadhah, ataupun dalam keadaan dan syarat tertentu ia dihkumkan sebagai darah haid

Hukum seorang perempuan yang mengalami darah fasad atau
istihadhah adalah sama seperti seorang yang berada dalam keadaan
berhadats kecil. Tidak diwajibkan ke atasnya mandi, cuma wajib
dibersihkan darah tersebut dan memadai dengan berwudhu untuk
membolehkannya menunaikan sembahyang.

Mandi Kerana Wiladah (Beranak)
 
Menurut syara‘, wiladah (beranak) itu sendiri merupakan salah
satu sebab yang mewajibkan mandi. Termasuk dalam makna
wiladah yang mewajibkan mandi itu ialah:

1.
Melahirkan anak secara normal (biasa), sekalipun melahirkan
tanpa basah atau tanpa darah.


2.
Melahirkan anak bukan secara normal, umpamanya
melahirkan anak secara pembedahan.


3.
Perempuan yang mengalami keguguran anak, sama ada
keguguran itu hanya berupa darah beku (‘alaqah) atau
seketul daging (mudhghah).


Menyentuh mengenai tiga perkara di atas, menurut hukum syara‘
seorang perempuan yang melahirkan anak dalam keadaan kering,
tanpa diikuti oleh darah nifas sehingga habis tempoh 15 hari
daripada hari melahirkan, dianggap sebagai wiladah (beranak)
tanpa basah dan dia juga dihukumkan sebagai tidak mengalami
nifas.

Begitu juga jika seorang perempuan mendapati darah nifasnya itu
tertangguh untuk jangka masa tertentu, maka dalam hal ini,
diwajibkan ke atasnya mandi kerana wiladah untuk mendirikan
sembahyang apabila telah masuk waktu sembahyang.

Tuesday, May 10, 2011

Fibroadenoma bukan barah payudara..????

Fibroadenoma

Fibroadenoma adalah satu punca benjol pada payu dara. Ia tidak sakit dan boleh bergerak-gerak jika dipicit. Ia masalah payu dara yang sering terjadi dan boleh menyerang wanita tanpa mengira usia. Lebih kerap menyerang wanita berusia 20an dan 30an. Jika benjolan terjadi pada wanita berusia 40an, kemungkinan besar ia bukan firodenoma

Fibroadenoma dikaitkan dengan tahap hormon estrogen yang lebih tinggi dari biasa. Selalunya benjolan yang tumbuh berukuran satu ke 1.5 sentimeter. Saiz itu selalunya kecil hingga ia akan mengecil dengan sendirinya apabila tahap estrogen wanita menurun

Walaupun ia berbenjol seperti fibrosistik, tetapi benjolannya mempunyai sempadan yang jelas. Ia boleh bergerak-gerak apabila dipicit dan boleh tumbuh lebih dari satu benjolan pada satu-satu masa.

Diagnosis menentukan sama ada benjolan itu barah atau fibroadenoma memerlukan biopsi. Rawatan terbaik menangani fibroadenoma adalah pembedahan membuang benjolan kecuali jika ia terlalu kecil atau terlalu banyak.

Walaupun selepas pembedahan fibroadenoma boleh berulang.

maklumatlanjut :http://blogs.iium.edu.my

Selamat Datang Blog "Keh!dupanKu & KenanganKu".

MY NUFF